Assalamualaikum awak~
Saya harap awak dapat baca ni sebelum saya pergi..
Sebenarnya saya dah tau perkara yang sebenarnya. Saya tak tau pun yang awak marah kat saya sebab saya suka awak. Saya tak ada niat pun nak buat awak marah. Saya tak tahu pun yang awak tak suka kat saya. Jadi, mulai hari ini saya akan cuba untuk tak suka awak tau. Mungkin ianya agak sukar. Tapi saya akan cuba.
Saya harap awak tak marah kawan awak sebab dia dah bagitau semua perkara sebenar.
Pasal lelaki yang awak suka tu. Saya memang tak tau langsung yang awak suka kawan saya tu. Dan saya terdiam bila dia kata dia tak nak awak sebab saya masih suka awak lagi.
Terima kasih awak sebab awak bagitau perkara sebenar. Dan kalau awak masih marah saya, saya minta maaf banyak-banyak. Saya minta maaf jugak kalau saya ada buat salah kat awak. Saya harap awak maafkan saya. Manusia tak sempurna kan? Dan ketidaksempurnaan itulah yang membuatkan kita semua ni unik. Akhir kata, terima kasih sebab awak pernah beri peluang kepada saya untuk mencintai awak walaupun sekejap sangat.
YANG BENAR,
Rakan yang cuba melupakan awak.
TERIMA KASIH :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment