Rabu - 16 February 2011
Itulah tema sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di SMK KIARAMAS untuk tahun ini. :D
Sambut bermula pada masa ke-enam. Dimulai dengan acara perarakan. Kemudia semua murid yang terlibat masuk ke surau untuk acara ceramah. Ceramah yang disampaikan sangat menarik kerana cara penyampaiannya yang bersahaja dan diselang-seli dengan dengan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad. Kemudian disusuli dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Irsyad yang sungguh syahdu :D
Petang~
Bersempena dengan temuduga pengawas pusat sumber yang baru, aku diberi tugas di pusat sumber sebagai orang yang perlu berlakon melakukan salah laku di pusat sumber seperti bising, makan, membawa beg, menyepahkan buku, dan banyak lagi. Tetapi malangnya, ramai pengawas pusat sumber yang menjadi seperti dirasuk hantu. Mungkin sebab terlalu menjiwai watak yang perlu dilakonkan kot.. (hahahhahahaha) Bayangkanlah, sehingga meja dan kerusi yang ada di dalam pusat sumber diterbalikkan. (hahahhahaha) Ada yang menari-nari di atas kerusi. Aku? Aku melakonkan watak pelajar yang membawa beg dan bermain dengan telefon bimbit. Mungkin hatu mereka telah merasuk aku, aku mainkan lagu Lady Gaga yang terbaru iaitu BORN THIS WAY. Volume dalam kadar maksimum dan aku mengajak Pian menyanyi dan melalak bersama-sama. (hahahahhaha) Memang seronok rasanya. Dengan baju melayu dan songkok, aku melalak seperti membuat pertunjukkan swasta di dalam pusat sumber. Bayangkanlah, kami begitu bising sehingga ada pengawas temuduga yang hampir menangis. (cian nyeee ;P) Tapi, esok ada lagi temuduga. Dan tugasku masih sama :) Aku berharap agar aku tak keterlaluan.. :) (YEAAAH!!!)
Sekian~
Wassalam~
Feb 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment