" Don't hide yourself in regret . Just love yourself and your set . I'm on the right track . Baby I was BORN THIS WAY "

Feb 19, 2011

MENEMBAK 2

Assalamualaikum~ (jawab2 ^^)



Hari ini memang best sangat. Sebab aku dan rakan-rakan pergi ke Taman Tasik Perdana untuk menembak (ambik gamba lerh..) Aku dari rumah pergi ke sana menaiki KTM. Aku lah orang pertama yang sampai di taman helikopter tu. (tempat tunggu dorang sume. senagkan camtu, dah ade baru turun.. :) ) Aku tunggu dan tunggu, lepas itu datanglah Aina, Natila dan Muna menaiki kereta ibu Muna. Tiba-tiba aku teringat sesuatu, aku terlupa membawa duit. Dalam poket masa tu cuma ada 6 ringgit aja.. (hahahah) Aku pun meninggal kan mereka dan barang-barang aku dan bergegas semula ke rumah untuk mengambil duit. :) (penat wooo) Bila aku sampai di taman semula. Mereka telah pun berada di stesyen KTM (hahahhahaha) Aku pun berjalan perlahan-lahan ke sana. Kami naik KTM dan turun di stesyen Bank Negara. Aku pun terus 'call' Aniss untuk tanya mereka (Aniss, Syarena, Anissa) di mana. Mereka sudah berada di Taman Tasik Perdana. Dia kata yang ayah dia akan mengambil kami di stesyan itu. Kamipun menunggu. :) Setibanya ayah Aniss, kami pun naik keretanya. Setibanya kami di Taman Tasik, terus kami mencari tempat untuk 'menembak'. Memang banyak tempat yang menarik untuk dibuat tempat 'menembak'. Modelnya? Syarena dan Anissa la.. :D Mereka berdua memang berbakat. Selepas beberapa ratus gambar yang telah diambil, kami pergi ke satu kawasan lapang, kami mengambil banyak gambar-gambar 'candid'. Saat yang paling tidak boleh aku lupakan ialah ketika kami bercerita tentang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Part yang Hussieennnnnn tu.. :D (hahahahhaha) kami pun buatlah beramai-ramai di situ "Huussiiieennnnn" rupa-rupanya, Syafik merakam video kami. (hahahahahha) memang sungguh buruk muka kami semua, termasuklah muka model-model tadi :D ... Selepas lagi beberapa ratus gambar diambil, kami pun makan di kedai berdekatan. Selepas itu, kami menaiki perkhidmatan 'shuttle' yang disediakan oleh pihak Taman Tasik Perdana. Seperti menaiki 'roller coaster'  rasanya. Sebab laju dan jalannya yang berliku-liku. (hahahaha) Dalam shuttle yang panjang tu sempat kami bergambar beramai-ramai. Bermain dengan buih dan melambai-lambai ke pelancong asing.. :D
Setelah habis, kami mencari 'port' lain untuk bercandid.. memang beratus-ratus gambar yang di 'snap'. Sele[as itu, kami pulang :D

Thanks NATILA.. :D


Hari yang best bagi aku~
Sekian~
Wassalam~

0 comments: