Hai semua... Entry kali ini, aku nak cerita pasal apa yang berlaku di sekolah tadi. Kalau difikirkan balik, bagi aku memang kelakar. Pasal itulah tajuk entry kali ini ialah HAHAHAHAHAHA.
Alkisah bermula. (cheh)
Kalau korang semua nak tahu, aku dah bergaduh dengan mamat yang bernama Azwan bin Saidi ni dah lama dah. Daripada tahun lepas. Semuanya sebab kutuk-mengutuk, lama-lama bergaduh. Macam itulah :) Yang tahun sudah tu, aku ada menulis surat mintak maaf, sebab mungkin aku tersedar yang aku buat silap mungkin. huhuhuhuhuhuhu. Tapi, korang mesti fikir, kenapalah aku tulis surat pulak kat mamat tu. Sebenarnya, aku tulis surat kat dia sebab keesokan harinya, aku akan pergi keluar sekolah kerana menjadi wakil sekolah. Tapi, bila aku balik semula ke sekolah lusanya, aku terima surat balas bukan sahaja daripada mamat ini, tetapi kawan rapatnya juga. Memang hati membara bila baca surat balas itu. Suratku yang berkepala Assalamualaikum tidak pun dijawab. Malah isi surat balas itu penuh dengan cacian dan kutukan. Jadi, aku menganggap yang dia tidak mahu berkawan dengannya lagi. Jadi, akupun hanya mendiamkan diri apabila terserempak dengan dia.
Setelah setahun berlalu, hari ini semasa waktu Bahasa Malaysia ( Cikgu Asri ). Azwan dipanggil cikgu kerana tidak menulis nama murid yang tidak datang pada hari yang sebelumnya. ( azwan ni ketua XP ) Cikgu Asri terperasan yang rambut Azwan ni panjang. Cikgu berkata "waaah, rebornding." Cikgu meminta gunting untuk menggunting rambut Azwan. Kerana Azeem duduk berdekatan dengan cikgu, Azeem pun memeberi sebilah gunting. Aku hanya tersenyum sehingga ke telingan. Bahkan hampir semua murid di dalam kelas itu ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba Azwan bersuara, "Tengok kau Ilman!" Aku terkejut. Apakah yang aku telah buat??? :D
Selepas tamat kelas Cikgu Asri, cikgu menyuruh aku mengambil buku latihan yang terkumpul di atas meja guru. Semasa aku ingin mengabil buku itu, tiba-tiba seorang makhluk Allah datang dan menolakku (Azwan la tu). Dia berkata "Apasal mulut kau a!!??" Aku pelik, sedangkan aku tidak pun bersuara semasa rambutnya di potong tadi. Kalau korang tidak percaya, aku ada empat orang saksi XD . Aku memandang Azwan dengan hairan. Dia bersuara lagi "aku memang dah lama sabar dengan kau! Kau ingat aku tak tu kau kutuk-kutuk aku ?" Dalam hatiku aku ingin je menjawab "Ek eleh... dah taknak berkawan sangat, amek a." Tapi mulut ku seperti bisu kerana kerkejut melihat Azwan sebegitu ganas. hehehehe. Pernyataan Azwan disusuli dengan tumbukan di sisi perutku. Aku hanya menahan kesakitan dan masih memandang mukanya yang marah itu. (Lawak jugak a muka dia) Kemuadian dia menampar aku. (Apa we maen tampar2. I'm not GAY la) Kemudian aku mengeluarkan suara "alah, siapalah yang start dengan surat kutuk2 tu an.?? Dengan salam pun tak jawab." (monotone je aku cakap. Tak caye?? Ade saksi.. huhuhu) Dia menjerit " MAMPUS AKU LAH!" Aku terus mengambil buku latihan tadi dan keluar untuk menhantar buku tersebut. Setibanya di bilik guru, aku terus pergi ke tempat Cikgu Mazlina. (aku ngan cikgu maz memang rapat, FYI) Aku menceritakan semuanya kepada cikgu. Cikgu seperti terkejut. Kemudian aku pun keluar untuk rehat. Tapi, setibanya di tangga 'KRIIIING' bunyi loceng dah.. hehhee. Langsung tak dapat makan :) Tapi takpa, perutku masih lagi berisi dengan sarapan tadi :)
Aku masuk ke kelas. Aku hanya belajar seperti biasa. Pada waktu sivik, ada sedikit masa terluang kerana cikgu baru yang menggantikan Cikgu Shafizahani hanya mengajar sedikit sahaja. Athirah datang ke tempat Nadhirah. Athirah memberitahu aku yang sebenarnya, bukan aku seorang sahaja yang pernah dilempang / ditumbuk.. Bahkan adalah lebih dari dua. Dia menceritakan kisah ___ tut___ dilempang Azwan kerana hanya bertanya. (aku tak clear sgt a kisah nie) Selain itu, Azeem juga pernah ditumbuk oleh Azwan juga. Aku hanya menganggukkan cerita Athirah dan Nadhirah itu.
Sekolah tamat, aku dan rakan-rakan pergi makan tengah hari di solaris. Beg kami semua kami tinggalkan di sekolah :)
Setelah pulang kerumah, lebih kurang 30 minit yang lepas aku melayari Facebook. Aku memeriksa. Rupa-rupanya dia mngutuk-ngutuk aku. Aku tak kisah. Alhamdulillah sahaja lah :D
Jadi, itulah kisah yang berlaku. :D
Korang fikir-fikirkan lah :D
~ Assalam ~
P.S ~ Aku memang tiada niat untuk mengutuk Azwan dalam entry ini :)
Soooo.. Kiter ENJOY!! :D
Feb 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment